COPENHAGEN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ketidakhadiran ramai Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) pada persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu yang menyebabkan Belanjawan Negara hampir tidak dapat diluluskan sebagai serius.
"Saya memandangnya serius kerana perkara itu tidak sepatutnya berlaku," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Persidangan Perubahan Iklim di sini, semalam.
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, satu perjumpaan perlu diadakan bagi mengingatkan wakil rakyat mengenai tanggungjawab mereka menghadiri persidangan Parlimen.
Untuk rekod, dalam insiden Isnin lalu, kerajaan BN nyaris 'tumbang' hanya disebabkan Bajet 2010 yang dibentangkan di Parlimen hampir tidak dapat diluluskan ekoran kehadiran Ahli Parlimen BN yang terlalu sedikit.
Namun dalam pengundian, BN akhirnya berjaya mengatasi pembangkang dengan kelebihan hanya tiga undi (66-63) membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.
Ahli Parlimen BN Tapah, M Saravanan yang tergesa-gesa ke Parlimen telah membantu kerajaan untuk meluluskan belanjawan penting itu.
Bagaimana pun insiden itu dijadikan isu oleh pihak pembangkang yang melihat ini sebagai tidak bertanggungjawabnya wakil BN.
Sementara itu mengenai pendirian Malaysia yang dikemukakan pada persidangan itu, Najib menyeru negara maju supaya lebih banyak berkorban ke arah menangani kesan perubahan iklim kerana mereka adalah penyumbang besar kepada pemanasan dunia.
Katanya, negara maju berhutang kepada dunia dan sewajarnyalah mereka memberi sumbangan dana yang besar kepada negara membangun.
“Sebenarnya ia berasaskan prinsip adil sebab merekalah penyumbang besar kepada pelepasan karbon,” katanya.
Dalam ucapannya pada persidangan itu, Najib, antara lain berkata, cadangan diwujudkan dana AS$10 bilion adalah sumbangan yang terlalu kecil, berbanding apa yang dilakukan negara maju selama ini.
“Jadi saya sarankan dana AS$200 bilion diwujudkan terlebih dahulu sebelum ia kemudian mencecah AS$800 bilion. Barulah semuanya bukan ungkapan retorik sahaja,” katanya. - Bernama

0 ulasan:
Catat Ulasan