BUTTERWORTH: Nasib menyebelahi seorang ibu tunggal apabila rumahnya di Gelung Bubu, Sungai Dua, dekat sini, musnah dijilat api selepas 30 minit dia keluar apabila dijemput anaknya, semalam.
TINJAU... Fauziah (dua dari kiri) melawat rumah Saadiah di Gelung Bubu, Sungai Dua yang musnah dalam kebakaran, semalam.
TINJAU... Fauziah (dua dari kiri) melawat rumah Saadiah di Gelung Bubu, Sungai Dua yang musnah dalam kebakaran, semalam.
Bagaimanapun, belum sempat mereka menikmati sarapan, jiran memaklumkan rumahnya terbakar.
Menurut Saadiah, kebetulan ketika kejadian, dua cucunya, Mohd Izzat Azizi, 15, dan Mohd Faiz, 14, yang belajar di Sekolah Menengah Permatang Tok Jaya tiada di rumah itu.
“Saya belum masak apa-apa untuk sarapan. Kebetulan anak saya, Nabila datang jemput untuk bersarapan di gerai sebelum ke rumah sewanya.
“Namun belum sempat kami bersarapan, jiran memaklumkan rumah saya terbakar lalu kami bergegas pulang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Isteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Puan Sri Fauziah Abu Bakar melawat dan memberi sumbangan kepada mangsa.
Turut melawat mangsa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid dan Adun Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamed.
Saadiah yang tinggal di rumah berkenaan atas ihsan tuan tanah Fadzilah Hassan, 73, lebih 30 tahun lalu kini bingung kerana tiada rumah lain manakala lima anaknya sudah berkeluarga dan tinggal berasingan.
Menurutnya, dia tidak pasti punca kejadian kerana sudah memastikan api dapur ditutup sebelum keluar rumah.
“Mungkin ada yang tidak kena pada pendawaian elektrik kerana sudah lama, malah rumah itu sudah berusia 40 tahun,” katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan