Sejak mula dikesan pada pertengahan Mac lalu, virus Influenza A (H1N1) menyebabkan hampir 1,000 kematian di seluruh dunia dalam masa lebih empat bulan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada mulanya mengeluarkan amaran secara berperingkat mengenai wabak itu.
Ia kemudian mengisytiharkan H1N1 sebagai pandemik pada Jun lalu dan baru-baru ini memberi amaran bahawa tidak ada individu yang terselamat daripada jangkitan virus maut itu.
Sebahagian besar kematian berlaku di negara-negara benua Amerika seperti Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada namun kini banyak kematian dilaporkan berlaku di negara-negara Asia.
Sama ada pihak kesihatan di setiap negara sudah mengambil langkah maksimum untuk mengurangkan risiko jangkitan H1N1 adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian.
Ini kerana ramai mangsa tidak sedar mereka sebenarnya terkena jangkitan H1N1 dan bukan selesema biasa.
Malah, golongan yang sudah dikategorikan berisiko tinggi seperti wanita hamil, kanak-kanak dan orang tua perlu diberikan perlindungan maksimum.
Dalam konteks ini, vaksin yang sangat diperlukan bagi menghindari jangkitan H1N1 perlu disediakan secepat mungkin bagi mengelak lebih banyak kematian daripada berlaku.
Malangnya, usaha menyediakan vaksin masih di peringkat ujian klinikal dan bilakah ubat itu akan boleh didapati di pasaran belum lagi diketahui.
Banyak negara maju seperti AS dan Britain mula menempah dos-dos vaksin dalam jumlah yang besar. Bagaimanapun, bukan semua orang akan mendapatnya kerana keutamaan diberikan kepada kanak-kanak, wanita hamil dan pekerja kesihatan.
Kebimbangan semakin dirasakan mengenai bagaimana untuk mengelakkan jangkitan H1N1 kerana langkah-langkah kesihatan asas belum tentu menjamin kita terlepas daripada penyakit tersebut.
Kini hampir saban hari ada sahaja kematian dilaporkan akibat H1N1 manakala WHO pula sudah mengiystiharkan bahawa jangkitan virus itu tidak dapat dikawal atau dihentikan.
Jika beberapa wabak besar sebelum ini boleh dijadikan pengajaran, H1N1 juga wajar dianggap boleh menjadi musibah jika tidak ditangani secepat mungkin.
WHO atau pihak berkuasa kesihatan di kebanyakan negara mungkin tidak mahu mewujudkan suasana cemas pada peringkat awal wabak ini dikesan di Mexico.
Ketika dunia dilanda wabak selesema burung dahulu, WHO mengarahkan negara-negara di seluruh dunia supaya bersedia menghadapi pandemik.
Seperti selesema burung, H1N1 juga boleh berubah bentuk dan virus ini boleh mewujudkan ketahanan terhadap ubat-ubat antivirus seperti Tamiflu dan Relenza.
Berdasarkan statistik dari beberapa negara seperti Kanada, Jepun, Britain dan AS, kebanyakan kes H1N1 melibatkan pesakit dalam lingkungan umur antara 12 hingga 17 tahun.
Data-data juga menunjukkan seseorang yang menghidap asma, obesiti, diabetes, kanser dan sakit jantung juga menghadapi risiko tinggi dijangkiti H1N1.
Oleh kerana wabak ini berpotensi menyebabkan kematian dalam jangka masa singkat, adalah wajar kerajaan di setiap negara memperhebatkan kempen kesedaran mengenai ancaman H1N1. Sekurang-kurangnya langkah pencegahan mungkin membantu mengurangkan jumlah kes jangkitan.
Catatan ini dipetik daripada www.sinarharian.com.my ..
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada mulanya mengeluarkan amaran secara berperingkat mengenai wabak itu.
Ia kemudian mengisytiharkan H1N1 sebagai pandemik pada Jun lalu dan baru-baru ini memberi amaran bahawa tidak ada individu yang terselamat daripada jangkitan virus maut itu.Sebahagian besar kematian berlaku di negara-negara benua Amerika seperti Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan Kanada namun kini banyak kematian dilaporkan berlaku di negara-negara Asia.
Sama ada pihak kesihatan di setiap negara sudah mengambil langkah maksimum untuk mengurangkan risiko jangkitan H1N1 adalah sesuatu yang perlu diberikan perhatian.
Ini kerana ramai mangsa tidak sedar mereka sebenarnya terkena jangkitan H1N1 dan bukan selesema biasa.
Malah, golongan yang sudah dikategorikan berisiko tinggi seperti wanita hamil, kanak-kanak dan orang tua perlu diberikan perlindungan maksimum.
Dalam konteks ini, vaksin yang sangat diperlukan bagi menghindari jangkitan H1N1 perlu disediakan secepat mungkin bagi mengelak lebih banyak kematian daripada berlaku.
Malangnya, usaha menyediakan vaksin masih di peringkat ujian klinikal dan bilakah ubat itu akan boleh didapati di pasaran belum lagi diketahui.
Banyak negara maju seperti AS dan Britain mula menempah dos-dos vaksin dalam jumlah yang besar. Bagaimanapun, bukan semua orang akan mendapatnya kerana keutamaan diberikan kepada kanak-kanak, wanita hamil dan pekerja kesihatan.
Kebimbangan semakin dirasakan mengenai bagaimana untuk mengelakkan jangkitan H1N1 kerana langkah-langkah kesihatan asas belum tentu menjamin kita terlepas daripada penyakit tersebut.
Kini hampir saban hari ada sahaja kematian dilaporkan akibat H1N1 manakala WHO pula sudah mengiystiharkan bahawa jangkitan virus itu tidak dapat dikawal atau dihentikan.
Jika beberapa wabak besar sebelum ini boleh dijadikan pengajaran, H1N1 juga wajar dianggap boleh menjadi musibah jika tidak ditangani secepat mungkin.
WHO atau pihak berkuasa kesihatan di kebanyakan negara mungkin tidak mahu mewujudkan suasana cemas pada peringkat awal wabak ini dikesan di Mexico.
Ketika dunia dilanda wabak selesema burung dahulu, WHO mengarahkan negara-negara di seluruh dunia supaya bersedia menghadapi pandemik.
Seperti selesema burung, H1N1 juga boleh berubah bentuk dan virus ini boleh mewujudkan ketahanan terhadap ubat-ubat antivirus seperti Tamiflu dan Relenza.
Berdasarkan statistik dari beberapa negara seperti Kanada, Jepun, Britain dan AS, kebanyakan kes H1N1 melibatkan pesakit dalam lingkungan umur antara 12 hingga 17 tahun.
Data-data juga menunjukkan seseorang yang menghidap asma, obesiti, diabetes, kanser dan sakit jantung juga menghadapi risiko tinggi dijangkiti H1N1.
Oleh kerana wabak ini berpotensi menyebabkan kematian dalam jangka masa singkat, adalah wajar kerajaan di setiap negara memperhebatkan kempen kesedaran mengenai ancaman H1N1. Sekurang-kurangnya langkah pencegahan mungkin membantu mengurangkan jumlah kes jangkitan.
Catatan ini dipetik daripada www.sinarharian.com.my ..
0 ulasan:
Catat Ulasan