10:38 PG
0
Melalui bancian yang dijalankan melalui lawan web www.sinarharian.com.my, hampir 70 peratus pembaca menyokong kemasukan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ke dalam Pas.

Majoriti mereka turut bersetuju bahawa parti pembangkang sekarang berusaha untuk menarik beberapa bekas pemimpin barisan Nasional (BN) untuk menyertai mereka.

Tindakan itu susulan penyertaan beberapa pemimpin seperti bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng dan bekas Naib Presiden MIC, S S Subramaniam yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam undian yang meletakkan tiga pilihan jawapan kepada pembaca itu, majoriti mereka memilih untuk bersetuju dengan reaksi dan tindakan daripada pimpinan Pas menawarkan Pak Lah menyertai parti itu.

Reaksi yang diberikan dalam undian tersebut juga nyata begitu subjektif malah ada yang menilai ia sesuatu yang positif dan sebaliknya.

Namun jelas menunjukkan bahawa majoriti mereka yang melayari sinarharian.com.my bersetuju ia cuma kesinambungan rentetan peristiwa sebelumnya namun kesahihan penerimaan daripada Abdullah sendiri masih samar.

Daripada 1,000 koresponden yang memberi undi, hampir 35 peratus bersikap tidak peduli dan tidak bersetuju dengan tindakan mengatakan ia merupakan susulan kejadian tempoh hari.

Menerusi laman Facebook Sinar Harian pula ramai beranggapan bahawa tindakan Pas itu hanya kenyataan politik, malah ramai mempersoalkan kenapa sekarang persefahaman pendapat dijadikan puncanya, kenapa tidak dahulu.

Malah ramai beranggapan tawaran itu sengaja diada-adakan memandangkan ia bakal menjadi satu lagi kejutan kepada orang ramai dan pimpinan BN yang sedang berusaha mengukuhkan sokongan rakyat.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyertaan Abdullah ke dalam Pas amat dialu-alukan kerana pendapat bekas Perdana Menteri sering sekata dengan parti itu.

Beliau berkata, antara pendapat yang paling jelas ialah cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dilihat sudah tidak relevan seperti yang diperjuangkan Pas selama ini.

“Pas tiada masalah untuk terima Pak Lah. Jika beliau sertai kita, beliau bebas kemukakan pelbagai pendapat dan pandangan dan kita akan berbincang jika pendapat dan pandangan itu bersesuaian,” katanya.

Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, Wujudnya persamaan idealisme dan visi dengan manifesto untuk membawa perubahan di negara ini, khususnya memperjuangkan rakyat menarik minat ketiga-tiga bekas pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Mohd Zaid Ibrahim, Jui Meng dan Subramaniam telah menyertai PKR baru-baru ini. Selepas ini tidak mustahil ramai lagi. Mereka mencari platform terbaik membawa perubahan berikutan percanggahan ideologi dan pendapat dengan parti terdahulu,” katanya.

Ditanya sebab utama mereka menyertai PKR beliau berkata, mungkin pemimpin terbabit melihat corak pemerintahan PKR lebih mudah dan berkesan.

Catatan ini dipetik daripada www.sinarharian.com.my ..
Catatan Terbaru
Previous
This is the last post.

0 ulasan:

Catat Ulasan